25 November 2013

ETNOMATEMATIK MENGIKUT BUDAYA

Pautanhttp://issuestechnology.blogspot.com/2012/05/etnomatematik.html

Etnomatematik merupakan kajian tentang kelompok budaya sesuatu kumpulan yang mempunyai falsafah tersendiri tentang matematik serta mempunyai sistem QRS (quantity, relationships, space) tersendiri seperti masyarakat Melayu, Hindu, Maori atau kaum Asli Amerika. Etnomatematik juga merangkumi pelbagai pentafsiran sejarah Matematik. Menurut sejarah, ilmu matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem nombor angka Brahmin dan angka Kharosti. Karya Chou Pei Suan King adalah mengenai calendar dalam menentukan masa melalui baying. Penglibatan unsur sains Matematik  Alam  Melayu ialah aljabar, aritmetik, astronomi, mantik, retorik dan geometri serta yang tersirat dalam sastera lisan. Antara aplikasi Matematik dalam budaya dan warisan masyarakat Melayu yang boleh kita ialah melalui permainan tradisionalnnya.

Ulasan :

Artikel ini sangat  berguna untuk dijadikan panduan kepada semua guru. etnomatematik dapat mendekatkan diri pelajar dengan masyarakat dalam interaksi sosial. Ia juga dapat menyemai rasa cinta dan memupuk penghargaan pelajar dan masyarakat agar lebih menjiwai dan mendalami kepentingan dan unsur kepenggunaan dalam subjek matematik itu sendiri.  

No comments:

Post a Comment