Artikel yang bertajuk “ Challenges of the ethnomathematical approach in adult education” ditulis oleh Maria Cecilia de CastelloBrancoFantinato dari Brazil pada tahun 2009. Di dalam artikel tersebut, beliau telah membincangkan tentang cabaran pendekatan etnomatematik sebagai latar belakang untuk pendidikan yang berasaskan teori dalam pendidikan tinggi. Beliau telah memberi dua contoh daripada kajian yang telah beliau jalankan di kalangan pelajar belia dan dewasa dari sekolah menengah awam di Brazil.
Selain
itu, beliau juga membincangkan beberapa pendapat daripada kajian literatur yang
memfokuskan tajuk artikel ini. Di dalam artikel ini juga, beliau menerangkan hasil kajian kes mengenai pengajaran guru-guru untuk
segelintir pelajar belia dan dewasa di sekolah menengah dari perspektif
etnomatematik. Akhir sekali,beliau juga menyatakan bahawa kajian kes tersebut
telah menggalakkan beliau dan rakan beliau untuk terus mengkaji sejauh
manakah pendekatan etnomatematik memberi
sumbangan dalam bidang pendidikan peringkat tinggi.
Ulasan :
Kekuatan
artikel ini ialah contoh- contoh yang diberi menunjukkan penggunaan
etnomatematik dalam pendidikan tinggi mampu menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di Brazil. Selain itu, pernyataan kajian literatur
juga memberangsangkan lagi penyelidik-penyelidik etnomatematik supaya kajian
yang lebih mendalam boleh dibuat dalam bidang tersebut. Penyelidik juga boleh mencari maklumat terperinci
daripada sumber lain yang tertera di bahagian rujukan artikel ini kerana
rujukan yang telah dibuat oleh penyelidik artikel adalah masih baru dan terkini.
No comments:
Post a Comment